MERCHANT

Merchant merupakan pengeluar atau pembekal produk-produk yang digunakan dalam sessi terapi kecantikan.

Merchant perlu mendaftar dengan LAWWA semua produk yang bakal digunakan berserta perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh ditawarkan berdasarkan produk tersebut.

Merchant boleh jadi satu syarikat seperti Mary Kay atau Elken yang telah mempunyai rangkaian terapis mereka sendiri atau pun pengusaha-pengusaha kecil yang baru hendak mengembangkan perniagaan mereka.

Merchant juga boleh merupakan kumpulan yang terdiri dari beberapa terapis yang ingin bergerak secara satu entiti. Mereka berkemungkinan mempunyai produk sendiri atau menggunakan produk dari pihak ketiga

Syarat

Pendafataran sebagai Merchant adalah percuma. Sebagai merchant, mereka perlu mendaftarkan setiap produk dan perkhidmatan yang hendak ditawarkan.Penting bagi setiap merchant hanya boleh mendaftarkan produk yang halal dan selamat.

Perkhidmatan yang ditawarkan juga mestilah tidak bertentangan dengan Islam dan tidak mempunyai sebarang kesan buruk (side-effect) kepada pelanggan.Terapis yang bakal berdaftar dengan LAWWA perlu memilih untuk berpayung dibawah sekurang- kurangnya satu Merchant.

Terapis juga akan perkhidmatan yang ingin mereka tawarkan kepada pelanggan.Sebagai faktor kawalan, Merchant perlu memilih samada untuk menerima atau menolak permohonan terapis berkenaan.

Perolehan Keuntungan

Pada masa ini LAWWA hanya sebagai platform untuk jualan perkhidmatan. LAWWA belum lagi membuka platform kami untuk penjualan produk.

Memandangkan terapis yang bakal melaksanakan perkhidmatan kecantikan dari rumah ke rumah, kami menasihatkan pihak Merchant untuk tidak mengambil sebarang keuntungan darinya.

Sebaliknya keuntungan Merchant adalah diraih dari hasil jualan produk, apabila ramai terapis yang menggunakan produk mereka. Secara tidak langsung ia juga menjadi promosi kepada produk mereka setiap kali terapis menawarkan perkhidmatan mereka.

Kenapa LAWWA

  • LAWWA menjadi platform untuk mempromosi produk mereka secara percuma
  • Merchant yang berdaftar dengan LAWWA secara tidak langsung mendapat pengiktirafan bahawa produk mereka berkualiti dan selamat dan terjamin halal.
  • Merchant dapat meluas lagi capaian mereka dalam pasaran kecantikan tempatan.
  • LAWWA menyediakan sistem laporan yang tersusun untuk memudahkan Merchant memantau permintaan pelanggan atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.
  • LAWWA menyediakan system feedback dari pelanggan untuk mengumpul respond pelanggan atas perkhidmatan, terapis dan produk yang digunakan.
  • Merchant juga dapat memantau prestasi setiap terapis yang berdaftar dibawah mereka.
Daftar Sekarang

Muat Turun Applikasi Lawwa.asia